LAPORAN KEWANGAN BERAUDIT terbahagi kepada dua bahagian iaitu laporan kewangan dan proses audit atas laporan kewangan yang di sediakan. Laporan kewangan di sediakan oleh akauntan dan boleh terdiri dari yang bertauliah ataupon tidak. Kebiasaanya mereka yang menyediakan laporan kewangan ini terdiri dari yang berpengalaman agar laporan kewangan yang di sediakan mengikut standard yang di tetapkan dan boleh di gunakan dalam urusan seharian perniagaan.
Pada fasa ini usahawan boleh memilih untuk mengambil staff bahagian kewangan ataupon “outsource” pada pihak luar untuk sediakan. Sekiranya memilih untuk ambil staff pastikan manfaatkan sebaiknya kos staff yang di belanjakan dan pilih yang berkualiti untuk bantu pengurusan anda. Sekiranya tiada kepakaran untuk memilih staff yang berkualiti adalah lebih baik “outsource” kepada pihak luar.
Proses audit di uruskan oleh juruaudit. Mereka ini adalah terdiri dari akauntan bertauliah, berpengalaman dan berlesen dengan Kementerian Kewangan Malaysia. Setelah melepasi proses audit baru lah laporan kewangan yang disediakan boleh di kategorikan sebagai LAPORAN KEWANGAN BERAUDIT.
Kandungan Laporan Kewangan?
Penyata kewangan (atau laporan kewangan) ialah rekod formal kegiatan-kegiatan kewangan sesebuah perniagaan, orang perseorangan, atau entiti-entiti yang lain. Dalam konteks artikal ini adalah bagi tujuan perniagaan.
Penyata kewangan memberikan pandangan keseluruhan keadaan kewangan jangka pendek serta jangka panjang bagi sesebuah perniagaan. Semua maklumat kewangan perusahaan perniagaan yang disampaikan dengan cara berstruktur dan dalam bentuk yang mudah difahami dikenali sebagai penyata kewangan. Terdapat empat penyata kewangan yang asas:
- Kunci kira-kira: Juga dirujuk sebagai penyata kedudukan atau keadaan kewangan, ia melaporkan aset, liabiliti, dan equiti pemilik syarikat pada sesuatu masa.
- Penyata pendapatan: Juga dirujuk sebagai Penyata Untung Rugi (atau “P&L”) atau Penyata Prestasi Kewangan, ia melaporkan pendapatan, belanja, dan untung pada sesuatu tempoh perakaunan. Ini termasuk jualan dan pelbagai belanja yang dikenakan sewaktu pemprosesan.
- Penyata aliran tunai: Melaporkan kegiatan aliran tunai syarikat, khususnya kegiatan operasi, pelaburan, dan kewangan.
Melepasi Proses AUDIT
Terdapat maklumat tambahan penting yang akan disediakan selepas melepasi proses audit. Sebarang taksiran lanjut oleh pengguna haruslah berdasarkan angka dan butiran pada bahagian ini :
- Penyata Perubahan dalam Ekuti: Menerangkan perubahan dalam ekuiti syarikat untuk sepanjang tempoh pelaporan.
- Polisi perakaunan; Menjelaskan polisi-polisi yang digunakan dalam penyediaan laporan kewangan beraudit tersebut.
- Nota penjelasan: Menjelaskan lebih terperinci berkenaan butiran angka yang di laporkan dalam laporan kewangan beraudit berkenaan. Pengguna boleh dapatkan maklumat lanjut dalam bahagian ini.
Ringkasan Proses Penyediaan Laporan Kewangan
Proses menyediakan laporan kewangan bermula dari mengenalpasti peristiwa bisnes dan mengumpulkan dokumen yang berkaitan transaksi bisnes. Antara dokumen yang di perlukan adalah seperti Penyata bank, Inbois Jualan, Inbois belian, sebarang tuntutan samada dari staff atau pengarah, surat perjanjian seperti sewa bangunan dan lain-lain dokumen berkaitan bisnes.
Dokumen ini di kumpulkan, di kelaskan dan di failkan mengikut kaedah tertentu bersesuaian dengan jenis perniagaan dan mengikut tahun kewangan bisnes. Jadi sebagai usahawan kena tahu tahun kewangan bisnes agar mudah untuk simpan dokumen perniagaan mengikut tempoh yang betol.
Proses seterusnya adalah merekod maklumat yang terdapat dari dokumen bisnes berkenaan ke dalam sistem. Sistem ini boleh jadi manual, boleh jadi sistem yang automatik. Ikot keselesaan dan ikot kecekapan pihak yang menyediakan laporan kewangan berkenaan. Setelah di masukkan kedalam sistem perlu buat penyata penyesuaian bank agar semua maklumat yang di masukkan “tally” dengan penyata bank dan di pastikan semua maklumat telah di masukkan.
Laporan-laporan penting dapat di sediakan setelah proses memasukkan maklumat sempurna. Antara laporan yang dapat di jana adalah Penyata Kedudukan Kewangan, Penyata Prestasi Kewangan, dan Penyata Aliran Tunai.
Ringkasan Proses Audit
Membuat lantikan juruaudit yang akan meneruskan proses audit ke atas laporan kewangan yang di sediakan. Dokumen lantikan ini akan disediakan oleh Setiausaha Syarikat yang di tandatangani oleh salah seorang dari pengarah syarikat. Sekiranya proses audit ini adalah untuk kali kedua dan seterusnya dan bertukar juruaudit, perlu dapatkan pelepasan professional dari juruaudit lama.
Proses seterusnya adalah memeriksa laporan kewangan yang di sediakan. Angka serta kaedah merekod mengikut piawaian yang di tetapkan. Pada fasa ini sampel dokumen di ambil dan di buat ujian. Ini untuk pastikan jurnal yang di masukkan adalah berdasarkan kaedah yang betul mengikut kategori sebenar.
Beberapa pengesahan di buat antaranya Bank, Pengesahan tunai, stok, penghutang, pemiutang dan lain-lain. Setelah sempurna proses ini di jalankan penyediaan laporan kewangan audit di buat. Draft pertama di sediakan oleh juruaudit dan di sembahkan kepada pelanggan untuk di semak dan mendapat persetujuan.
Setelah mendapat persetujuan, juruaudit akan menandatangani laporan kewangan beraudit yang di sediakan. Tugas setiausaha syarikat akan menyerah simpan laporan kewangan beraudit berkenaan kepada pihak SSM dan pihak agen cukai akan membuat kiraan cukai pula untuk di serahsimpan kepada pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri.
Hubungi kami untuk kami bantu anda dalam menyempurnakan penyediaan laporan kewangan beraudit: 0108196769 / 03 33589083