Bagi syarikat sdn bhd kita panggil prosesnya adalah menubuhkan syarikat Sdn Bhd. Proses ini di jalankan dan di sempurnakan oleh setiausaha syarikat. Boleh baca artikal sebelum ini berkenaan setiausaha syarikat yang kami kongsikan dan ketahui fungsinya.
Bagaimana untuk Memulakan dan Mendaftarkan Perniagaan

Persoalan ini selalu timbul pabila hendak mulakan perniagaan secara sah. Sebabnya kebiasaannya rata-rata akan berniaga terlebih dahulu tengok macam mana situasinya. Kalau ok baru akan mendaftar secara sah. Untuk mulakan sesebuah perniagaan anda boleh mula dengan mengenal agensi yang menguruskan perihal pendaftaran perniagaan iaitu Suruhanjaya Syarikat Malaysia ( SSM ). Agensi ini yang berfungsi untuk mengawal selia perihal pendaftaran perniagaan di Malaysia. dari Milikan tunggal hinggalah ke syarikat bertaraf Berhad. Kelebihan anda mendaftarkan perniagaan anda adalah tanda anda berniaga secara sah di bawah undang-undang yang di tetapkan oleh pihak kerajaan dan seterusnya akan melindungi pelanggan. Sekiranya terdapat kesalahan yang di lakukan dari segi urus niaga pelanggan boleh melaporkan pada pihak berwajib dan dari sudut positifnya perniagaan anda lebih di yakini dan berurusan secara sah.
Continue reading “Bagaimana untuk Memulakan dan Mendaftarkan Perniagaan”CARA DAFTAR PERNIAGAAN DI KULIM KEDAH
Bagi usahawan baru yang ingin mendaftar perniagaan boleh memohon di mana-mana kaunter SSM berdekatan atau melalui dalam talian di ezbiz.ssm.com.my.
DAFTAR SYARIKAT DI KAUNTER SSM
Bagi usahawan Kulim Kedah yang ingin memulakan perniagaan, anda boleh terus berdaftar di pejabat SSM yang terdekat. Bagi pemohon sekitar kulim cawangan terdekat yang boleh dikunjungi bertempat di seberang jaya.
Cawangan Penang
Muhd Nasir bin Mahmood
Tingkat 6-7, Bangunan KWSP,
No. 3009, Off Leboh Tenggiri 2,
Bandar Seberang Jaya,
13700 Pulau Pinang.
Waktu Operasi :
Isnin – Jumaat
8.15 am – 4.15 pm
Talian untuk dihubungi :
Tel: 04-397 7793
Fax: 04-397 7713
Hotline: 04-397 7793
E-mail : mnasir[at]ssm.com.my
Enterprise vs Sdn Bhd
Kebiasaan usahawan yang dah berniaga lebih dari 2 tahun akan ada dilema ini. Ye lah, bila rakan-rakan bisnes dah pakat upgrade, maka diri ni pon ada lah rasa, ” aku bila lagi….”. Dalam membuat keputusan, kadang-kadang usahawan tanpa melihat data kewangan perniagaan cenderung untuk membuat keputusan secara terburu-buru.
Ramai usahawan yang tidak simpan rekod jualan sedangkan segala maklumat transaksi perniagaan wajib simpan dan di kemaskini. Rekod jualan antara maklumat yang kita boleh gunakan sebagai “indicator” untuk kita buat keputusan. Dan bagi usahawan yang transaksinya tunai lebih mudah untuk membuat keputusan ini berdasarkan angka jualan
Continue reading “Enterprise vs Sdn Bhd”SYARIKAT INDUK, ANAK SYARIKAT & SYARIKAT BERSEKUTU
BILA anda memerlukan lebih dari satu syarikat untuk perniagaan anda boleh gunakan konsep di bawah.KETIGA-TIGA NYA adalah syarikat Sdn Bhd, walaubagaimanapon jenis syarikat ini berkait rapat dengan struktur dalam kumpulan perniagaan dan terma yang di gunakan adalah mengikut tiga jenis syarikat Sdn bhd berikut seperti penerangan di bawah. Keperluan anda untuk memiliki lebih dari satu syarikat adalah bergantung kepada strategi perniagaan anda dan juga pengurusan risiko. Ada kelebihan dan kekurangan bila anda praktis sistem induk – anak syarikat atau lain-lain struktur. Sewaktu perlaksanaan, sila nilai dan dapatkan khidmat pakar sebelum anda membuat apa-apa keputusan.
Continue reading “SYARIKAT INDUK, ANAK SYARIKAT & SYARIKAT BERSEKUTU”