Bagaimanakah proses mendaftarkan syarikat Sdn Bhd?

Bagi syarikat sdn bhd kita panggil prosesnya adalah menubuhkan syarikat Sdn Bhd. Proses ini di jalankan dan di sempurnakan oleh setiausaha syarikat. Boleh baca artikal sebelum ini berkenaan setiausaha syarikat yang kami kongsikan dan ketahui fungsinya.

  1. Sebelum anda buat keputusan untuk mendaftar syarikat sdn bhd, anda harus ketahui apakah perancangannya. Kebiasaanya pihak kami akan tanya kenapa nak daftar sdn bhd? Dan pelbagai jawapan yang kami terima. Anda boleh juga baca mengenai kelebihan sdn bhd sebelum buat keputusan untuk daftar sdn bhd.
  2. Bagi mereka yang menaik taraf pernigaan dari Entiti perniagaan Enteprise secara teknikalnya tiada proses untuk memindahkan maklumat Enterprise berkenaan kepada Syarikat Sdn Bhd yang hendak didaftarkan. Yang ada adalah proses penubuhan baru. Cumanya sekiranya tiada nama yang sama dalam system SSM, anda boleh gunakan nama yang sama semasa membuat permohonan untuk mendaftarkan Sdn Bhd. Akaun semasa bank pun perlu buka baru bagi syarikat sdn bhd yang didaftarkan.
  3. Sedikit tips bagi anda yang ingin mulakan perniagaa, bagi mereka yang mempunyai modal, dan sasaran jualan yang lebih besar, di nasihatkan untuk gunakan syarikat Sdn Bhd sebagai entiti pilihan. Contohnya sekiranya anda mempunyai modal untuk buka perniagaan restoran ataupon syarikat kosmetik yang menjual produk kecantikan. Jenis perniagaan kategori ini sangat sesuai untuk gunakan entity perniagaan Syarikat Sdn Bhd.
  4. Setelah proses pertanyaan baru lah kami akan terima permohonan untuk datar sdn bhd sekiranya kami rasa usahawan berkenaan sesuai untuk daftar sdn bhd. Kerana pabila anda daftar sdn bhd anda harus tahu komitmen yang bakal di tanggung dan ketahui bagaimanakan hendak gunakan secara asas syarikat sdn bhd yang di daftarkan nanti untuk kembangkan perniagaan sedia ada.
  5. Proses pertanyaan dan cadangan ini tiada kaitan dengan proses secara teknikalnya untuk mendaftarkan sdn bhd tapi kami harus tahu adakah aka nada kelangsungan selepas mendaftarkan sdn bhd. Walaupun perkara ini tidak dapat dijangka langkah-langkah berjaga-jaga harus di ambil kira. Kerana ianya melibatkan kos dan sekiranya usahawan berkenaan hanya ingin mendaftar suka-suka adalah lebih baik tidak membuat keputusan untuk daftar sdn bhd.  
  6. Setelah selesai bersoal jawab, butiran pemohon akan di ambil contoh nama syarikat yang ingin di gunakan, nama dan nombor kad pengenalan, email, jenis perniagaan dan lain-lain yang berkenaan. Kebiasaanya yang mendaftar, mereka ini sudah berniaga menggunakan ENTERPRISE. Usahawan ini cenderung untuk gunakan nama perniagaan yang sama untuk di daftarkan syarikat sdn bhd.
  7. Pihak setiausaha syarikat akan menyemak nama berkenaan samaada boleh di pakai atau tidak. Proses menamakan syarikat boleh jadi mudah, boleh jadi susah. Kerana apa? Kadangkala nama yang di gunakan sudah berada dalam system SSM dan hamper sama. Pihak SSM tidak akan menerima permohonan yang mana namanya hampir sama dengan yang ada dalam system SSM.
  8. SILA pastikan pemohon tidak muflis, tiada senarai hitam SSM dan tiada senarai hitam Bank. 3 syarat ini sekiranya tiada halangan akan memudahkan proses pendaftaran. Contoh senarai hitam SSM adalah sekiranya anda anda penalty yang berpunca dari syarikat sdn bhd yang anda miliki sebelum ini. Makanya anda harus selesaikan terlebih dahulu sebelum mendaftarkan syarikat sdn bhd baru ini. Manakala bagi senarai hitam Bank contohnya anda mempunyai rekod cek tending sebanya 3 kali dalam tempoh had tertentu oleh bank. Proses mendaftarkan Sdn Bhd boleh di lakukan tetapi anda tidak boleh buka akaun bank semasa. Kebanyakkan yang mendaftarkan sdn bhd, mereka ini kebiasaanya memiliki akaun semasa untuk memudahkan urusan perniagaan.
  9. Cukup syarat dan cukup butiran pemohon, permohonan boleh di lakukan oleh setiausaha syarikat setelah pembayaran di buat. Kos yang terlibat masa ini adalah kos mendaftarkan Sdn Bhd berkenaan. Kos ini bergantung kepada setiausaha syarikat yang anda pilih.
  10. Sedikit tip dari kami, untuk sempurnakan proses mendaftarkan sdn bhd dan mempermudahkan urusan akan datang sila gunakan khidmat setiausaha syarikat yang berdekatan dengan anda. Sekiranya pilih yang berjauhan pilih yang mudah untuk di hubungi. Sekarang dunia tanpa sepada, makanya harus tidak menjadi halangan. Pimilihan ini amat penting kerana ianya mempermudahkan terutamanya bab teknikal pensyarikatan.
  11. Dalam struktur syarikat kebiasaanya anda memiliki Kumpulan Pengarah dan Kumpulan Pemegang Saham. Saat ini anda harus tentukan dan kebiasaanya kedua-dua kumpulan ini adalah terdiri dari orang yang sama. Bahagian pemegang saham perkara paling mustahak menentukan pecahan saham yang akan di bahagikan. Bab ini yang akan menentukan siapa lebih berkuasa. Jadi amat mustahak menentukannya dengan sebaiknya. Kedua-dua kumpulan ini memainkan peranan berbeza dalam syarikat. Harus jelas di mana anda berada dan tentukannya dengan sebaiknya.
  12. Proses pendaftaran ini mengambil masa 3 hingga 7 hari bekerja bergantung kepada setiausaha syarikat yang menguruskannya. Setelah urusan pendaftaran di sempurnakan, anda harus dapat dokumen pendaftaran sekurang-kurangnya 1 set untuk membuka akaun semasa bank. Bahagian ini anda harus sediakan deposit mula dan dokumen pendaftaran sdn bhd.
  13. Sila pilih dengan sebaiknya bank yang anda hendak gunakan mengikut kesesuaian. Sekiranya anda terlibat dengan bisnes online, Maybank dan CIMB bank adalah yang terbaik. Walaubagaimanapon rata-rata bank yang berada di Malaysia telah meningkatkan perkhidmatan mereka dan servis mereka juga sudah cukup bagus.
  14. Seterusnya anda perlu pertimbangkan bab menyediakan deposit mula untuk membuka akaun bank kerana setiap bank tidak sama deposit mulanya. Contohnya seperti maybank RM2000, CIMB RM1000, Alliance Bank RM500 dan lain-lain. BIla sebut deposit mula makanya duit berkenaan boleh di keluarkan setelah selesai buka akaun bank. Ianya tidaklah beku dan sehingga menyebabkan anda tidak boleh gunakan.
  15. Semasa anda ingin membuat permohonan rasmi untuk membuka akaun semasa anda harus sediakan juga cop rasmi syarikat bagi urusan bank. Cop ini dia bawa bersama semasa hendak membuat permohonan.
  16. Apabila selesainya proses mendaftarkan sdn bhd bermula dari saat tarikh yang dinyatakan dalam dokumen pendaftaran segala dokumen transaksi perniagaan anda harus simpan dengan sebaiknya. Kerana ianya akan memudakan proses seterusnya iaitu menyediakan laporan kewangan beraudit. Apakah ianya? InshaAllah dalam artikal akan datang kita akan kongsikan bab ini.
  17. Harap ianya akan memudahkan proses mandaftarkan syarikat sdn bhd yang anda idamkan. Setelah sempurna segala proses awalan anda boleh mulakan menentukan siapa yang akan memegang jawatan dalam syarikat contohnya jawatan utama yang harus anda ada adalah Ketua Pegawai Eksekutif atau Pengarah Urusan.

Selesai bab mendaftarkan syarikat sdn bhd, ambil tahu perihal bab pematuhan syarikat. Sila semak perkara ini dengan setiausaha syarikat anda;

  1. Apakah bil dan butirannya yang bakal saya perlu bayar akan datang?
  2. Apakah tempoh perakaunan bagi syarikat yang di daftarkan?
  3. Apakah bulan berakhir bagi syarikat saya?
  4. Bilakan tarikh akhir penyerahan dokumen bagi peneyediaan laporan audit?
  5. Siapakah yang akan menjadi juruaudit?
  6. Bila tarikh akhir selesaikan dokumentasi berkaitan penyata tahunan?
  7. Bila tarikh akhir penyerahan laporan kewangan pada pihak SSM?
  8. Apakah dokumen yang pihak saya perlu simpan dan sediakan untuk memudahkan proses seterusnya, terutamanya bab penyediaan laporan kewangan?

Persoalan di atas perlu anda dapatkan dari setiausaha syarikat yang anda gunakan khidmat mereka, dapatkan penjelasan yang sejelasnya dan seterusnya adalah membuat perancangan. Ini bagi mengelakkan ketidakpatuhan dan mengelakkan penalti yang bakal anda tanggung sekiranya tidak patuh pada ketetapan yang telah di tetapkan.

Semoga sukses buat anda yang buat keputusan untuk menaik taraf perniagaan sedia ada kepada syarikat Sdn Bhd.

Artikel daripada www.millionmind4u.com


Untuk urusan penubuhan syarikat boleh ke: www.registersdnbhd.com