SYARIKAT INDUK, ANAK SYARIKAT & SYARIKAT BERSEKUTU

BILA anda memerlukan lebih dari satu syarikat untuk perniagaan anda boleh gunakan konsep di bawah.KETIGA-TIGA NYA adalah syarikat Sdn Bhd, walaubagaimanapon jenis syarikat ini berkait rapat dengan struktur dalam kumpulan perniagaan dan terma yang di gunakan adalah mengikut tiga jenis syarikat Sdn bhd berikut seperti penerangan di bawah. Keperluan anda untuk memiliki lebih dari satu syarikat adalah bergantung kepada strategi perniagaan anda dan juga pengurusan risiko. Ada kelebihan dan kekurangan bila anda praktis sistem induk – anak syarikat atau lain-lain struktur. Sewaktu perlaksanaan, sila nilai dan dapatkan khidmat pakar sebelum anda membuat apa-apa keputusan.

Continue reading “SYARIKAT INDUK, ANAK SYARIKAT & SYARIKAT BERSEKUTU”

SYARIKAT SENDIRIAN BERHAD, CIRI-CIRINYA

  • Pemilik syarikat mempunyai liabiliti terhad iaitu tanggungan pemilik perniagaan terhad kepada modal yang dilaburkan dalam perniagaan sahaja.
  • Boleh di daftarkan sendiri oleh pemohon. Tapi selesai sahaja anda mendapat kelulusan penubuhan perlu melantik setiausaha syarikat dalam masa 30 hari. Jadinya lebih elok setiausaha syarikat yang proses penubuhan.
  • Syarikat Sdn Bhd dimiliki oleh satu hingga lima puluh orang pemegang saham. Sejak Akta Syarikat 2016 di laksanakan kebanyakkannya memilih untuk di tubuhkan dengan seorang pemohon sahaja.
  • Pemilik atau pemegang saham syarikat menyumbangkan modal perniagaan.
  • Syarikat dianggotai oleh Pengarah atau Ahli Lembaga Pengarah untuk menentukan dasar dan matlamat syarikat.
  • Jangka hayat perniagaan adalah panjang dan terjamin kerana syarikat tidak akan dibubarkan dengan kematian salah seorang pemegang saham.
  • Saham syarikat boleh dijualbeli tetapi tidak dilakukan dalam pasaran saham atau terbuka.
  • Penjualan saham mesti dengan persetujuan pemegang saham yang lain. Tu sebab perlu berhati-hati soalan bab saham ni.
  • Syarikat Sendirian Berhad tidak disenaraikan di Bursa Saham Malaysia.
  • Pemegang saham yang memiliki 51% atau lebih daripada jumlah saham Syarikat Sendirian Berhad berhak untuk mengawal syarikat tersebut.
  • Peringatan, liabiliti adalah tidak terhad dalam kes-kes pembiayaan dengan institusi kewangan kerana kebanyakkan perjanjian yang di tandatangani membuka klausa berkenaan liabiliti yang ditanggung.

  Sekiranya anda ingin mempunyai lebih dari satu syarikat Sdn Bhd, sila baca artikel seterusnya SYARIKAT INDUK, ANAK SYARIKAT & SYARIKAT BERSEKUTU.

Artikel daripada www.millionmind4u.com

SIAPA SETIAUSAHA SYARKAT DAN APA PERANANNYA?

TANGGUNGJAWAB SETIAUSAHA SYARIKAT DEFINISI | Sebelum berkongsi panjang berkenaan tanggungjawab setiausaha syarikat, setiausaha syarikat adalah individu atau syarikat yang menjadi tulang belakang dalam penubuhan dan dokumentasi penubuhan syarikat Sdn Bhd. Dalam erti kata lain setiausaha syarikat pada masa peringkat awal mereka terlibat dengan menubuhkan syarikat yang di kehendaki dan menyiapkan segala dokumentasi yang berkaitan untuk di serah simpan kepada Suruhanjaya Syarikat Malaysia. Bermula saat itu maka tugas sebagai setiausaha syarikat berjalan. TANGGUNGJAWAB | Setiausaha syarikat berperanan dalam membimbing dan memberi panduan nasihat kepada perkara-perkara yang berkaitan dengan syarikat sdn bhd dan juga lembaga pengarah. Untuk makluman pengarah berfungsi untuk mengerakkan bisnes yang di jalankan. Makanya apa-apa ketidakpatuhan akan di pertanggungjawabkan atas pengarah. Jadi setiusaha syarikat bertanggungjawab membimbing pengarah terhadap pematuhan syarikat Sdn Bhd.

Continue reading “SIAPA SETIAUSAHA SYARKAT DAN APA PERANANNYA?”

TREND DAFTAR SYARIKAT SDN BHD TAHUN 2018

3 SEBAB PADA TAHUN 2018 NI ANDA HARUS DAFTAR SYARIKAT SDN BHD YANG DI SERTAKAN DENGAN SESI LATIHAN


Sejak akta syarikat baru di laksanakan pada tahun 2016, Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) membenarkan penubuhan syarikat Sdn Bhd dengan minima SEORANG PEMOHON. Dia lah pengarah dan juga pemegang saham dalam masa yang sama. Senang kan? Jadinya untuk elakkan sebarang ketidakpatuhan terhadap hal pensyarikatan, makanya pada tahun 2018 anda harus membuat pilihan mendaftar syarikat Sdn Bhd dengan setiausaha syarikat yang menyediakan sesi latihan berkala. Oleh yang demikian tahun ini 2018 Millionmind aka SUPER Incorp membuat keputusan untuk adakan sesi latihan berkala dengan tajuk yang berlainan pada setiap sesi. Ya lah dah urus sorang2 kan..makanya kita bertanggungjawab untuk bantu dengan beri ilmu yang berkaitan.

Continue reading “TREND DAFTAR SYARIKAT SDN BHD TAHUN 2018”

7 TIP JIMAT CUKAI PERNIAGAAN

  • Mengenal pasti entiti perniagaan yang anda gunakan
  • Mengenal pasti butiran pengecualian cukai bagi individu dan syarikat
  • Mengenal pasti kadar dan struktur percukaian
  • Menyimpan segala dokumen perniagaan dan dokumen yang berkaitan penjimatan cukai
  • Mendapatkan khidmat agen cukai atau akauntan untuk bantu uruskan cukai
  • Membuat perbelanjaan yang berstrategik
  • Mengetahui kelebihan membayar cukai

Butiran yang akan di kembangkan dalam artikel akan datang dan juga dalam blog www.jimatcukai.com.

Artikel daripada www.chartkeepers.com