REGISTER COMPANY SDN BHD IN MALAYSIA RM980
NEW COMPANY REGISTRATION ONLY RM900
DAFTAR SDN BHD BARU RM980
Ini lah contoh ayat gimik iklan yang di gunakan selalu dalam mengiklan untuk penubuhan syarikat sdn bhd sekiranya anda buat carian di google. Sebelum anda membuat keputusan untuk menubuhkan syarikat sdn bhd ketahui kos-kos yang terlibat. Terdapat beberapa kos yang anda perlu keluarkan sekiranya ingin mendapatkan dokumen yang sempurna untuk meneruskan perniagaan anda menggunakan syarikat Sdn Bhd.
Dalam rangka promosi untuk menarik prospek iklan ni mampu untuk buatkan propek untuk menghubungi pengiklan, dan sekiranya anda hubungi mereka, mereka akan terangkan sekiranya ingin mendapatkan kos tersebut, anda perlu ambil servis lain bagi mendapatkan harga tersebut. Dan sekiranya di kira kembali kosnya, kadang2 untuk permulaan memakan kos yang lebih dari harga yang di tetapkan oleh pasaran. Dalam bidang penubuhan syarikat menetapkan kos lebih tinggi dari pasaran adalah tidak salah tetapi sekiranya pengiklan atau penyedia perkhidmatan benar-benar menetapkan harga rendah, ianya suatu yang pelik dan amat jarang sangat berlaku.
Kos yang bakal anda belanjakan untuk sebuah penubuhan syarikat sehingga anda boleh gunakan:
- Kos bayaran ke SSM – Kos ini memakan kos lebih dari RM1000. Ini termasuk permohonan nama dan kos bayaran untuk serah simpan maklumat penuh ke SSM. Kalu letak harga rendah dari itu, sendiri mau ingat lah.
- Kos penyediaan dokumen dan masukkan data – kos ini berbeza antara satu sama lain dan bergantung kepada lokasi pejabat setiausaha berkenaan.
- Kos fee setiausaha syarikat – Oleh sebab kos ini di kenakan setiap bulan, ada yang kenakan kos ini untuk 12 bulan terus. Bergantung kepada setiausaha untuk tetapkan.
- Kos penyediaan resolusi bank – setelah sempurna syarikat di tubuhkan, untuk membuka akaun bank, perlu ada resolusi syarikat yang di sediakan dan di tandatangan oleh setiausaha syarikat. Banyak akaun yang nak di buka, maka kosnya lebih la.
- Jumlah pengarah – Ada juga sesetengah setiausaha syarikat menetapkan, kalu syarikat yang di miliki oleh lebih dari jumlah pengarah tertentu, kosnya berbeza.
- Fee guna alamat berdaftar – ada juga yang mengenakannya berasingan. Jadi sila semak juga.
Setelah sempurna syarikat berkenaan ditubuhkan, anda boleh dah mulakan perniagaan anda menggunakan Sdn Bhd yang ditubuhkan. Tetapi harus di ingat selain dari kos penubuhan ada lagi kos yang bakal anda belanjakan sekiranya ingin membuat apa-apa perubahan selepas proses penubuhan tadi dan kos ini di kenakan berasingan.
Kenal pasti juga kos yang bakal di belanjakan secara tahunan. Amat penting untuk anda semak kos yang bakal anda belanjakan sebelum memilih setiausaha syarikat yang membantu anda tubuhkan syarikat. Kerana ianya berbeza antara satu sama lain. Pastikan ianya tidak jauh dari harga pasaran. Boleh buat servey terlebih dahulu sebelum membuat keputusan. Boleh juga bertanyakan sahabat-sahabat anda yang telah gunakan sdn bhd sebagai kaedah mengurus perniagaan lebih baik.