Aplikasi Penubuhan dan Pengurusan Syarikat

Usaha ini di mulakan sekitar bulan Febuari 2019 dan di gerakkan memandangkan banyak industri mendapat suntikan bahagian IT bagi mengembangkan bisnes sedia ada ataupon perlu selari dengan era digital masa kini. Millionmind4u mengambil langkah untuk mendigitalkan proses penubuhan dan pengurusan syarikat Sdn Bhd.

Pihak SSM telah pon menggunakan sepenuhnya sistem untuk menyokong pengurusan mereka. Begitu juga industri yang berkaitan iaitu perakaunan, dengan terhasilnya banyak perisian perakaunan. Oleh yang demikian sebagai setiausaha syarikat dengan menghasilkan aplikasi ini mampu membuatkan para pengarah untuk uruskan syarikat yang di miliki dengan lebih efektif.

Aplikasi ini di bangunkan dengan beberapa fasa selari dengan misi syarikat Millionmind4u untuk pastikan aplikasi yang di hasilkan selari dengan kehendak penggunanya iaitu usahawan yang mempunyai Sdn Bhd atapon mereka yang berhasrat untuk naik taraf perniagaan sedia ada ke Sdn Bhd.

Untuk fasa pertama sasaran syarikat Millionmind adalah untuk pastikan urusan merekod maklumat awal penubuhan syarikat di terima secara digital dan maklumat asas sebelum keputusan di buat untuk naik taraf ke Sdn Bhd dapat di akses.

Segala urusan mendigital proses ini menggunakan jenama registersdnbhd.com, nama yang di gunakan sama dengan web jualan yang di miliki. Di harap aplikasi yang di bina dapat memberi manfaat kepada usahawan serta pelanggan Millionmind4u

Dapatkan di Google Play

REGISTER COMPANY SDN BHD IN MALAYSIA RM980, NEW COMPANY REGISTRATION ONLY RM900, DAFTAR SDN BHD BARU RM980

REGISTER COMPANY SDN BHD IN MALAYSIA RM980
NEW COMPANY REGISTRATION ONLY RM900
DAFTAR SDN BHD BARU RM980

Ini lah contoh ayat gimik iklan yang di gunakan selalu dalam mengiklan untuk penubuhan syarikat sdn bhd sekiranya anda buat carian di google. Sebelum anda membuat keputusan untuk menubuhkan syarikat sdn bhd ketahui kos-kos yang terlibat. Terdapat beberapa kos yang anda perlu keluarkan sekiranya ingin mendapatkan dokumen yang sempurna untuk meneruskan perniagaan anda menggunakan syarikat Sdn Bhd.

Dalam rangka promosi untuk menarik prospek iklan ni mampu untuk buatkan propek untuk menghubungi pengiklan, dan sekiranya anda hubungi mereka, mereka akan terangkan sekiranya ingin mendapatkan kos tersebut, anda perlu ambil servis lain bagi mendapatkan harga tersebut. Dan sekiranya di kira kembali kosnya, kadang2 untuk permulaan memakan kos yang lebih dari harga yang di tetapkan oleh pasaran. Dalam bidang penubuhan syarikat menetapkan kos lebih tinggi dari pasaran adalah tidak salah tetapi sekiranya pengiklan atau penyedia perkhidmatan benar-benar menetapkan harga rendah, ianya suatu yang pelik dan amat jarang sangat berlaku.

Kos yang bakal anda belanjakan untuk sebuah penubuhan syarikat sehingga anda boleh gunakan:

  • Kos bayaran ke SSM – Kos ini memakan kos lebih dari RM1000. Ini termasuk permohonan nama dan kos bayaran untuk serah simpan maklumat penuh ke SSM. Kalu letak harga rendah dari itu, sendiri mau ingat lah.
  • Kos penyediaan dokumen dan masukkan data – kos ini berbeza antara satu sama lain dan bergantung kepada lokasi pejabat setiausaha berkenaan.
  • Kos fee setiausaha syarikat – Oleh sebab kos ini di kenakan setiap bulan, ada yang kenakan kos ini untuk 12 bulan terus. Bergantung kepada setiausaha untuk tetapkan.
  • Kos penyediaan resolusi bank – setelah sempurna syarikat di tubuhkan, untuk membuka akaun bank, perlu ada resolusi syarikat yang di sediakan dan di tandatangan oleh setiausaha syarikat. Banyak akaun yang nak di buka, maka kosnya lebih la.
  • Jumlah pengarah – Ada juga sesetengah setiausaha syarikat menetapkan, kalu syarikat yang di miliki oleh lebih dari jumlah pengarah tertentu, kosnya berbeza.
  • Fee guna alamat berdaftar – ada juga yang mengenakannya berasingan. Jadi sila semak juga.

Setelah sempurna syarikat berkenaan ditubuhkan, anda boleh dah mulakan perniagaan anda menggunakan Sdn Bhd yang ditubuhkan. Tetapi harus di ingat selain dari kos penubuhan ada lagi kos yang bakal anda belanjakan sekiranya ingin membuat apa-apa perubahan selepas proses penubuhan tadi dan kos ini di kenakan berasingan.

Kenal pasti juga kos yang bakal di belanjakan secara tahunan. Amat penting untuk anda semak kos yang bakal anda belanjakan sebelum memilih setiausaha syarikat yang membantu anda tubuhkan syarikat. Kerana ianya berbeza antara satu sama lain. Pastikan ianya tidak jauh dari harga pasaran. Boleh buat servey terlebih dahulu sebelum membuat keputusan. Boleh juga bertanyakan sahabat-sahabat anda yang telah gunakan sdn bhd sebagai kaedah mengurus perniagaan lebih baik.

Suka Duka Sdn Bhd

Artikal sebelum ni banyak di ceritakan kelebihan Sdn Bhd dan juga serba sedikit bab pematuhan. Kedua aspek ini penting dalam penentuan untuk anda naik taraf kepada Sdn Bhd. Artikal sebelum ini juga ada pengkisahan bagaimana anda membuat keputusan bila naik taraf kepada Sdn Bhd, dan dalam artikal kali ini serba sedikit kisah bila berada di Sdn Bhd.
InshaAllah akan di sampaikan dari aspek apa yang sudah berlaku sebelum ini kepada klien kami, kerana kami sebagai setiausaha syarikat menguruskan perihal syarikat mereka dari aspek pematuhan. Kalu melalut sikit-sikit tu takpa lah ya.

“Mind setting” sangat penting dalam apa jua situasi. Bagaimana kita berfikir menentukan apa tindakan kita. Jadi menguruskan syarikat ataupon perniagaan begitu juga. Kalu dahulu kita boleh buat sesuka hati bila mengurus, tak kisah lah Enterprise atau Sdn Bhd. Tetapi kini awas pada yang sesuka hati mengurus syarikat yang dimiliki. Agensi kerajaan mula memainkan peranan mereka dan lebih bertegas dalam menjalankan tanggungjawab.

Contohnya Lembaga hasil dalam Negeri mereka mula mencari peniaga yang tidak isytiharkan pendapatan, manakala pihak Suruhanjaya Syarikat Malaysia sudah mula kuatkuasa dan memperketatkan akta yang telah termaktub.

Agensi ini perlu jalankan kerja mereka, kerana telah di amanahkan oleh rakyat. Jadi nak tak nak mereka kene buat, kita pula kena lah follow.

Ha…ni baru nak masuk cerita nya…tadi tu mukadimah ja…

Mak oii….panjangnya mukadimah….heheheheh

Ok…ada setengah orang mula bisnes setelah bosan keje…rupa2nya cabaran lagi kuat bila kerja. Tapi yang setia untuk bisnes tu satu perkara yang kita kene salute. Ada yang bisnes sebab minat…

Apa juga objektif kita mula terjerumus dalam bisnes, satu perkara ambil berat adalah bab PEMATUHAN.

Cerita bab pematuhan ni dia banyak perkara. Kalu duhulu saya mula berniaga pasar malam di nun utara sana, nak masuk tapak niaga pon kena bagi salam da nada undang-undangnya sendiri. Masa tu belum tahu bab SSM. Tapi sekarang pon yang bisnes lama pon, ada juga yang masih blur pasal SSM. Iklan selalu kat television pon tak masuk di kepalanya.

Tapi takpalah…nak ceritanya dari sekecil2 kita nak masuk dalam dunia perniagaan, ada undang-undang atau tatasusilanya sendiri.

BIla dah berniaga, ambil tahu serba sedikit…terutamanya bila bab pematuhan ni adalah bab lessen. Baru lah pegi ke bab lain pasal pematuhan.

Pandangan orang yang bekerja, bisnes seronok….kita pon yang bisnes teringin balik nak bekerja…begitu lah putarannya. Kerja atau bisnes, setiapnya ada dugaan yang tersendiri. Yang penting bagaimana kita mengurus masalah atau dugaan yang kita hadapi.

Bagi usahawan yang mengusahakan perniagaan menggunakan Sdn Bhd kene lebih teliti dalam mengurus. Tidak boleh biarkan begitu sahaja sekiranya tidak di gunakan. Bagi usahawan yang mendaftar dan menggunakan sepenuhnya Sdn Bhd cuba belajar selok belok mengurus Sdn Bhd. Ilmu ini membantu anda berjimat dalam mengurus Sdn Bhd, Tapi sekiranya bulat2 menyerahkan pada Setiausaha Syarikat anda, mereka pon akan bantu anda mengurus ikot apa yang telah anda laksanakan.
Bagi usahawan yang menubuhkan syarikat Sdn Bhd tapi tidak aktif, atau perancangan asal tidak menjadi, perlu semak dengan setiausaha syarikat apakah langkah terbaik untuk mengurus Sdn Bhd, dan sekiranya tidak pilihan lebih baik tutup syarikat yang telah di tubuhkan. Kerana sekiranya terus membiarkan syarikat berkenaan, berkemungkinan besar anda boleh terkena penalti oleh pihak SSM ataupon dari pihak LHDN.

Bila dah sampai anda kena penalti, memang perit saat ini kerana bagi yang tiada bisnes, perbelanjaan hanyalah suatu perbelanjaan yang sia-sia sahaja. Bagi yang aktif bisnes, perbelanjaan berkenaan jadi suatu tambahan kos.

Kebiasaan pihak kami di Millionmind4u akan berpesan semasa penerangan awal untuk menubuhkan syarikat sdn bhd, menggunakan Sdn Bhd ni adalah suatu strategi jangka panjang. Kerana Sdn Bhd nilainya meningkat dari suatu masa ke suatu masa. Oleh yang demikian mengurus kos mengurus sdn bhd membuatkan anda memperoleh keuntungan yang lebih tinggi.

Pengalaman kami mengurus perihal pematuhan syarikat untuk klien, ragam mereka pelbagai. Ada yang respon sangat bagus. BIla kita maklum, mereka akan respon terus. Tapia da segelintirnya hanya berdiam diri seribu bahasa. Biasanya jenis klien ni akan hadapi masalah besar. Penting juga anda memilih setiausaha syarikat yang boleh timbang rasa.

Bagaimana Laporan Kewangan Beraudit Disediakan?

LAPORAN KEWANGAN BERAUDIT terbahagi kepada dua bahagian iaitu laporan kewangan dan proses audit atas laporan kewangan yang di sediakan. Laporan kewangan di sediakan oleh akauntan dan boleh terdiri dari yang bertauliah ataupon tidak. Kebiasaanya mereka yang menyediakan laporan kewangan ini terdiri dari yang berpengalaman agar laporan kewangan yang di sediakan mengikut standard yang di tetapkan dan boleh di gunakan dalam urusan seharian perniagaan.

Pada fasa ini usahawan boleh memilih untuk mengambil staff bahagian kewangan ataupon “outsource” pada pihak luar untuk sediakan. Sekiranya memilih untuk ambil staff pastikan manfaatkan sebaiknya kos staff yang di belanjakan dan pilih yang berkualiti untuk bantu pengurusan anda. Sekiranya tiada kepakaran untuk memilih staff yang berkualiti adalah lebih baik “outsource” kepada pihak luar.

Proses audit di uruskan oleh juruaudit. Mereka ini adalah terdiri dari akauntan bertauliah, berpengalaman dan berlesen dengan Kementerian Kewangan Malaysia. Setelah melepasi proses audit baru lah laporan kewangan yang disediakan boleh di kategorikan sebagai LAPORAN KEWANGAN BERAUDIT.

Kandungan Laporan Kewangan?

Penyata kewangan (atau laporan kewangan) ialah rekod formal kegiatan-kegiatan kewangan sesebuah perniagaan, orang perseorangan, atau entiti-entiti yang lain. Dalam konteks artikal ini adalah bagi tujuan perniagaan.

Penyata kewangan memberikan pandangan keseluruhan keadaan kewangan jangka pendek serta jangka panjang bagi sesebuah perniagaan. Semua maklumat kewangan perusahaan perniagaan yang disampaikan dengan cara berstruktur dan dalam bentuk yang mudah difahami dikenali sebagai penyata kewangan. Terdapat empat penyata kewangan yang asas:

  1. Kunci kira-kira: Juga dirujuk sebagai penyata kedudukan atau keadaan kewangan, ia melaporkan asetliabiliti, dan equiti pemilik syarikat pada sesuatu masa.
  2. Penyata pendapatan: Juga dirujuk sebagai Penyata Untung Rugi (atau “P&L”) atau Penyata Prestasi Kewangan, ia melaporkan pendapatan, belanja, dan untung pada sesuatu tempoh perakaunan. Ini termasuk jualan dan pelbagai belanja yang dikenakan sewaktu pemprosesan.
  3. Penyata aliran tunai: Melaporkan kegiatan aliran tunai syarikat, khususnya kegiatan operasi, pelaburan, dan kewangan.

Melepasi Proses AUDIT

Terdapat maklumat tambahan penting yang akan disediakan selepas melepasi proses audit. Sebarang taksiran lanjut oleh pengguna haruslah berdasarkan angka dan butiran pada bahagian ini :

  1. Penyata Perubahan dalam Ekuti: Menerangkan perubahan dalam ekuiti syarikat untuk sepanjang tempoh pelaporan.
  2. Polisi perakaunan; Menjelaskan polisi-polisi yang digunakan dalam penyediaan laporan kewangan beraudit tersebut.
  3. Nota penjelasan: Menjelaskan lebih terperinci berkenaan butiran angka yang di laporkan dalam laporan kewangan beraudit berkenaan. Pengguna boleh dapatkan maklumat lanjut dalam bahagian ini.

Ringkasan Proses Penyediaan Laporan Kewangan

Proses menyediakan laporan kewangan bermula dari mengenalpasti peristiwa bisnes dan mengumpulkan dokumen yang berkaitan transaksi bisnes. Antara dokumen yang di perlukan adalah seperti Penyata bank, Inbois Jualan, Inbois belian, sebarang tuntutan samada dari staff atau pengarah, surat perjanjian seperti sewa bangunan dan lain-lain dokumen berkaitan bisnes.

Dokumen ini di kumpulkan, di kelaskan dan di failkan mengikut kaedah tertentu bersesuaian dengan jenis perniagaan dan mengikut tahun kewangan bisnes. Jadi sebagai usahawan kena tahu tahun kewangan bisnes agar mudah untuk simpan dokumen perniagaan mengikut tempoh yang betol.

Proses seterusnya adalah merekod maklumat yang terdapat dari dokumen bisnes berkenaan ke dalam sistem. Sistem ini boleh jadi manual, boleh jadi sistem yang automatik. Ikot keselesaan dan ikot kecekapan pihak yang menyediakan laporan kewangan berkenaan. Setelah di masukkan kedalam sistem perlu buat penyata penyesuaian bank agar semua maklumat yang di masukkan “tally” dengan penyata bank dan di pastikan semua maklumat telah di masukkan.

Laporan-laporan penting dapat di sediakan setelah proses memasukkan maklumat sempurna. Antara laporan yang dapat di jana adalah Penyata Kedudukan Kewangan, Penyata Prestasi Kewangan, dan Penyata Aliran Tunai.

Ringkasan Proses Audit

Membuat lantikan juruaudit yang akan meneruskan proses audit ke atas laporan kewangan yang di sediakan. Dokumen lantikan ini akan disediakan oleh Setiausaha Syarikat yang di tandatangani oleh salah seorang dari pengarah syarikat. Sekiranya proses audit ini adalah untuk kali kedua dan seterusnya dan bertukar juruaudit, perlu dapatkan pelepasan professional dari juruaudit lama.

Proses seterusnya adalah memeriksa laporan kewangan yang di sediakan. Angka serta kaedah merekod mengikut piawaian yang di tetapkan. Pada fasa ini sampel dokumen di ambil dan di buat ujian. Ini untuk pastikan jurnal yang di masukkan adalah berdasarkan kaedah yang betul mengikut kategori sebenar.

Beberapa pengesahan di buat antaranya Bank, Pengesahan tunai, stok, penghutang, pemiutang dan lain-lain. Setelah sempurna proses ini di jalankan penyediaan laporan kewangan audit di buat. Draft pertama di sediakan oleh juruaudit dan di sembahkan kepada pelanggan untuk di semak dan mendapat persetujuan.

Setelah mendapat persetujuan, juruaudit akan menandatangani laporan kewangan beraudit yang di sediakan. Tugas setiausaha syarikat akan menyerah simpan laporan kewangan beraudit berkenaan kepada pihak SSM dan pihak agen cukai akan membuat kiraan cukai pula untuk di serahsimpan kepada pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri.


Hubungi kami untuk kami bantu anda dalam menyempurnakan penyediaan laporan kewangan beraudit: 0108196769 / 03 33589083

Membuat Keputusan Untuk Naik Taraf Ke Sdn Bhd

Dalam diari usahawan seharusnya ada bahagian peningkatan dari satu peringkat ke suatu peringkat. Dalam senarai cita-cita usahawan harus ada suatu bahagian di mana perlu naik taraf ke Sdn Bhd. Bahagian ini suatu keputusan besar yang harus di putuskan oleh usahawan dengan sebaiknya kerana ianya melibatkan kos jangka panjang dan berulang. Sekiranya tidak di rancang dengan baik, boleh mengundang kecundangan. Sebaiknya sebelum membuat keputusan, putuskan perkara berikut:

Continue reading “Membuat Keputusan Untuk Naik Taraf Ke Sdn Bhd”