Dalam diari usahawan seharusnya ada bahagian peningkatan dari satu peringkat ke suatu peringkat. Dalam senarai cita-cita usahawan harus ada suatu bahagian di mana perlu naik taraf ke Sdn Bhd. Bahagian ini suatu keputusan besar yang harus di putuskan oleh usahawan dengan sebaiknya kerana ianya melibatkan kos jangka panjang dan berulang. Sekiranya tidak di rancang dengan baik, boleh mengundang kecundangan. Sebaiknya sebelum membuat keputusan, putuskan perkara berikut:
- Siapa yang akan di pilih untuk menguruskan penubuhan atau bahasa pasarnya siapa akan daftarkan sdn bhd berikut? sekirnya anda memilih untuk mendaftarkan sendiri, harus diingat anda ada tempoh 30 hari dari tarikh kelulusan untuk lantik setiausaha syarikat. Siapa setiausaha syarikat? sila baca posting sebelum ini untuk ketahui fungsinya. Di nasihatkan sekiranya anda ragu-ragu tentang prosesnya adalah lebih baik anda mohon bantuan setiausaha syarikat untuk proses pendaftaran dari peringkat awal.
- Anda harus putuskan untuk mengambil siapa untuk jadi setiausaha syarikat. Harus ketahui ada 3 jenis latar belakang setiausaha syarikat, pentadbiran korporat, perundangan dan perakaunan. Manfaat kelebihan mereka untuk urusan perniagaan anda. Kerana sekiranya anda upah secara beransingan kos akan melonjak naik.
- Bila dah putuskan siapa untuk bantu anda, pastikan lokasinya mudah akses. Sekiranya anda tinggal di Johor Baharu, ambil yang berdekatan anda. Tapi sekiranya tinggal di Johor Baharu tapi selalu ke Kuala Lumpur, jadi tiada masalah untuk ambil mereka yang berada di Kuala Lumpur. Kebiasaanya bagi anda yang cari akses dari Kuala Lumpur lebih mudah cari mereka yang berada di Kuala Lumpur. Kerana kebiasaannya setiausaha syarikat dari Kuala Lumpur mempunyai klien dari Kuala Lumpur juga.
- Dapatkan secara kasarnya berapa kos yang anda perlu belanjakan setiap bulan dan tahun. Buat kira-kira dan bandingkan.
Bila anda dah putuskan segala yang tersenarai di atas, sebaiknya untuk hasilkan keputusan yang bagus, sekiranya anda belum sediakan laporan kewangan, buat laporan kewangan terlebih dahulu. Berdasarkan laporan yang anda sediakan terdapat hasil-hasil yang menarik yang boleh jadi panduan anda untuk buat keputusan.
Contohnya adakah keuntungan yang dilaporkan berbaloi untuk anda naik taraf ke sdn bhd, ataupon anda berada di tahap “survive” dan sekiranya dapat dana tambahan anda mampu lonjakan perniagaan sedia ada. Jadi keputusan yang bagus dapat di hasilkan sekiranya anda mempunyai data-data tentang perniagaan anda. Sebab selalunya usahawan tidak mempunyai data ini untuk buat keputusan yang bagus. Ataupon paling teruk data jualan. Margin keuntungan anda yang tentukan jadi secara kasar bila tahu angka jualan anda tahu berapa anggaran keuntungan yang anda boleh gunakan untuk buat keputusan.
Bagi sesetengah bisnes anda juga perlukan team untuk menyokong anda. Prinsipnya team bertambah, jualan akan bertambah. Tapi jangan salah langkah, boleh jadi juga situasi di mana team bertambah jualan menurun. Tapi kebanyakkannya meningkat lah. Dalam bahagian ini buat kajian adakah mudah anda dapatkan team tambahan. Team ni boleh jadi staff anda atau staff sambilan atau para agen anda atau “dropship” anda. Kenalpasti mereka yang menawarkan servis HR. Di pasaran terdapat mereka yang menawarkan perkhidmatan ini. Makluman pada anda masa nak daftarkan Sdn Bhd, tiada bahagian yang mewajibkan anda untuk perlu ada staff sebelum mendaftar, cumanya bagi anda yang aktif bisnes perlu ada team untuk menyokong kemampuan anda mengurus sdn bhd.
Seterusnya anda perlukan hala tuju perniagaan anda sebelum anda buat keputusan untuk naik taraf perniagaan anda. Hala tuju termasuk lah Visi dan Misi dalam perniagaan anda. Halatuju untuk perlu seiring dengan pasukan anda, Baru lah syarikat yang di daftarkan dapat berkembang baik. Harus di ingat baca kelebihan dan kekurangan Sdn Bhd sebelum anda buat keputusan.
Pesanan demi pesanan kami buat khas untuk anda kerana pengalaman kami dengan mereka yang belum bersedia akan menyebabkan masalah kedua belah pihak iaitu usahawan dan setiausaha syarikat. Walaubagaimanpon anda boleh berbincang dengan setiausaha syarikat sekiranya anda menghadapi kesukaran. Cari mereka yang boleh bertolak ansur juga, sebabnya dalam bisnes ada turun dan naiknya. Ambil kira pandangan setiausaha syarikat dalam menentukan hala tuju syarikat.
Semoga panduan ini bermanfaat untuk anda sebelum membuat keputusan untuk naik taraf perniagaan anda. Salam sukses buat anda.

Untuk urusan penubuhan syarikat boleh ke: www.registersdnbhd.com