#SIRI4JAM PENSYARIKATAN – SIRI KURSUS PENDEK KHAS BUAT PENGARAH DAN USAHAWAN

InsyaAllah SUPERIncorp aka Millionmind akan anjurkan siri kursus pendek pensyarikatan bagi memberi pendedahan kepada masyarakat tentang pensyarikatan. Ilmu ini sangat berguna dalam urusan seharian bagi seorang pengarah eksekutif. Memandangkan pelbagai agensi menguatkuasakan undang-undang sedia ada dan meningkatkan operasi bagi sebarang ketidakpatuhan, seharusnya pengarah menyertai siri kursus pensyarikatan ini bagi mengelakkan sebarang ketidakpatuhan. Untuk sertai program #SIRI4JAM PENSYARIKATAN usahawan boleh hubungi 0333589083 atau 0176476900.

UPGRADE ENTERPRISE KE PERKONGSIAN LIABILITI TERHAD (PLT)

Bagaimana nak upgrade dari Enterprise ke PLT? Selalu sangat kami terima persoalan ni. Kenapa perlu UPGRADE? Seiring dengan risiko bisnes perlu upgrade. Ciri-ciri kedua-dua entiti perniagaan ataupon bahasa mudahnya jenis lesen sangat berbeza. Berkait rapat dengan risiko. Kalu Enterprise sekiranya berlaku apa-apa ke atas pemilik, perniagaan akan tutup manakala PLT sifatnya sebaliknya. Ye lah..malang tidak berbau. Kalu kena di saat bisnes tengah baik, alangkah ruginya usaha selama bertahun-tahun. Banyak lagi kebaikkan dan keburukkannya. Di lain masa kita akan ulas.

Continue reading “UPGRADE ENTERPRISE KE PERKONGSIAN LIABILITI TERHAD (PLT)”

PERMULAAN PERNIAGAAN MILIK TUNGGAL/PERKONGSIAN

Perniagaan meliputi tiap-tiap bentuk tred, perdagangan, pekerjaan, profesion, atau aktiviti-aktiviti lain yang dijalankan bagi maksud-maksud mendapat keuntungan, tetapi tidak meliputi apa-apa jawatan atau penggajian atau apa-apa pengusahaan amal atau apa-apa kerja yang dinyatakan dalam jadual di bawah peruntukan Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 dan Kaedah-kaedah Pendaftaran Perniagaan 1957. Dua (2) bentuk perniagaan:

  1. Perniagaan Tunggal – Perniagaan dimiliki sepenuhnya oleh seorang (1) pemilik
  2. Perniagaan Perkongsian – Perniagaan dimilki oleh  sekurang-kurangnya dua (2) orang dan tidak melebihi dua puluh (20) rakan kongsi

Persediaan Mendaftarkan Perniagaan

Continue reading “PERMULAAN PERNIAGAAN MILIK TUNGGAL/PERKONGSIAN”

MENAMBAH MODAL PERNIAGAAN | SUPER Incorp

》Gunakan entiti Sdn Bhd. 》Pengusaha bisnes perlu jual saham mereka pada pemodal. 》Pemodal dalam membeli saham, hanya perlu pilih perniagaan berdaya saing. 》Pengusaha perlu sediakan laporan kewangan yang terkini. Manakala pemodal menyediakan modal yang ingin di masukkan. 》Amalkan pengurusan secara bersistem dan bersyarikat. Bukan gaya tawkey.

》Pengusaha dan pemodal perlu tahu peranan masing2.

Nescaya pengusaha dapat kembangkan bisnes di samping pemodal dapat menikmati dividen setiap tahun.

Dalam menjalin suatu usahasama semuanya perlu di dokumenkan dan di patuhi semua pihak.

SOP asas perlu di sediakan terutamanya melibatkan urusan wang dan sistem pemasaran kerana ianya menjadi kunci kelangsungan bisnes dan memastikan kepentingan pemodal terjamin.#Daftarsyarikatshahalam

PANDUAN PEMILIHAN | SUPER Incorp

Pemilihan Entiti Perniagaan

Menjadi usahawan prosesnya seawal memilih entiti perniagaan yang ingin di gunakan. Entiti perniagaan boleh lah di umpamakan kita hendak memilih lesen niaga yang mana untuk menjalankan perniagaan. Tentunya semua orang tahu berniaga perlu ada lesen, jika tidak ianya menyalahi undang-undang kerajaan. Penetapan ini di tetapkan bagi semua individu atau entiti yang ingin menjalankan pernigaan.

Terdapat 3 jenis lesen niaga atau entiti perniagaan yang popular di Malaysia yang di tawarkan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia. Yang pertama adalah Enterprise, kedua Perkongsian Liabiliti terhad dan terakhir adalah Sendirian Berhad.

Lebih lanjut dan perinciannya di dalam E BOOK yang di keluarkan oleh pihak SUPER Incorp yang boleh di perolehi dengan wasap ke talian 011 3628 8769. Boleh juga ke laman sesawang Suruhanjaya Syarikat Malaysia untuk anda dapatkan info dari aspek formal yang di keluarkan oleh suruhanjaya syarikat.