KENAPA ANDA PERLU PILIH KAMI?

InshaAllah dari seawal proses penubuhan iaitu menamakan nama syarikat, kami akan cuba bantu anda sehabis baik. Jika tiada dalam fikiran anda nama apa harus di namakan, kami akan cuba cadangkan berdasarkan pengalaman yang kami miliki.

Sekiranya anda tidak boleh hadir ke premis kami untuk proses penubuhan, kami akan uruskan pegawai yang boleh bantu anda untuk beri penerangan dan proses penubuhan di tempat anda.

Selepas di tubuhkan sebaiknya anda hadir ke premis kami untuk ambil dokumen yang telah di siapkan. Kerana mudah untuk urusan akan datang. Dan juga mengenali tim kami. Sekiranya tidak dapat hadir juga kerana urusan bisnes anda yang terlalu sibuk, kami akan uruskan penyerahan dokumen berkenaan secara kurier. Tapi sekiranya anda tidak pernah jumpa kami, kami akan serah dokumen berkenaan secara “by hand”.

#SIRI4JAM PENSYARIKATAN merupakan siri kursu pendek untuk menyokong anda dari segi pengetahuan pengurusan. Soal menguruskan Sdn Bhd adalah bukan satu kerja main-main dan harus di pandang serius kerana penalti yang di kenakan sangatlah tinggi.

Jadi hubungi kami 01136288769 untuk kami bantu anda tubuhkan Sdn Bhd atau untuk kami semak kelayakan anda.

P/s: Gambar di bawah adalah salah satu siri seminar yang menjemput Trainer dari SUPER Incorp aka Millionmind Business Solutions Sdn Bhd.

PAHAMI ENTITI PERNIAGAAN – Khas buat usahawan

PEMILIKAN TUNGGAL / ENTERPRISE

  • Nama lain bagi entiti perniagaan ini adalah Enterprise, dan ada sesetengahnya menyebut lesen SSM.
  • Pemilikan tunggal dikawal dan dimiliki oleh seorang individu sahaja.
  • Pemilikan tunggal bukan entiti undang-undang berasingan dan menanggung liabiliti tidak terhad.
  • Pemilikan tunggal di Semenanjung Malaysia tertakluk kepada Akta Pendaftaran Perniagaan 1956, Pindaan 1978 (Akta 197) manakala Sabah dan Sarawak tertakluk kepada enakmen negeri masing-masing.
  • Pemilikan tunggal merupakan jenis perniagaan paling banyak dan tertua di Malaysia.
  • Contoh pemilikan tunggal ialah Kedai Runcit Mesra, Restoran Bonda, Lucky Store Mini Market dan sebagainya.
  • Kos yang di tanggung untuk mendaftar perniagaan milikan tunggal ini ada sekitar RM40 bagi yang gunakan nama sendiri dan sekiranya gunakan selain dari nama itu kosnya adalah sekitar RM70

Ciri-Ciri Pemilikan Tunggal

  • Perniagaan ini hanya dimiliki oleh pemilik tunggal atau persendirian.
  • Biasanya modal perniagaan di peroleh daripada simpanan pemilik dan pinjaman daripada keluarga atau rakan-rakan.
  • Pengurusan perniagaan ini dilakukan oleh pemilik sendiri dengan bantuan keluarga atau pekerja-pekerja.
  • Pemilikan tunggal mudah ditubuhkan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia kerana prosedur tidak rumit.
  • Pemilik tunggal berhak mendapat semua keuntungan perniagaan dan menanggung segala kerugian sendiri.
  • Pemilikan tunggal perlu menanggung liabiliti tidak terhad untuk menjelaskan liabiliti perniagaan yang melibatkan harta peribadinya.
  • Pemilik tunggal dikenakan cukai pendapatan perseorangan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri.
  • Jangka hayat pemilikan tunggal adalah pendek dan terhad kerana bergantung kepada usia pemilik dan perniagaan akan dibubarkan jika pemilik perniagaan meninggal dunia.
  • Perlu di perbaharui setiap tahun.

Nantikan post seterusnya berkaitan topik ini iaitu entiti perniagaan. Ketahui asas pensyarikatan terlebih dahulu sebelum anda kembangkan bisnes anda. Inginkan sesi bersemuka?join #Siri4Jam Pensyarikatan. Wassap ke 01136288769