3 Tip Mengurus Cukai Perniagaan

Dalam mengurus cukai ada 3 punca yang akan menyebabkan cukai anda berkurangan iaitu menurunkan angka jualan, meningkatkan angka belian dan manfaat pengecualian cukai. Asas kepada mengurus cukai yang baik adalah anda perlu ada data kewangan perniagaan anda. Selepas melihat kepada angka-angka dalam laporan kewangan baru lah anda boleh manfaatkan untuk membuat perancangan untuk mengurus cukai.

Kebiasaannya bila berlakunya jualan, makanya kita sebagai usahawan perlu rekodkan. Dalam mengurus cukai kaedah menurunkan jualan bukanlah satu kaedah yang bagus dan selamat di gunakan. Kebiasaannya kebanyakkan usahawan akan gunakan kaedah untuk tingkatkan angka belian dalam mengurus cukai. Apabila usahawan mempunyai data kewangan amat mudah untuk tentukan berapakan angka belian yang perlu di tingkatkan bagi mengurangka cukai.

Bagi usahawan yang belum ada kemampuan untuk upah akauntan secara sepenuh masa dengan anda, anda boleh gunakan akauntan luar untuk bantu anda sediakan laporan kewangan seterusnya minta khidmat nasihat untuk mengurangkan kadar cukai perniagaan anda dengan kaedah yang betol. Mereka yang berpengalaman mampu untuk bantu anda mengoptimakan kadar cukai yang bakal anda bayar. Selain dari akauntan luar, agen cukai juga mampu bantu anda beri khidmat nasihat berkenaan cukai dengan baik.

Seterusnya kaedah untuk optimakan kadar cukai adalah melalui manfaat pengecualian cukai. Kaedah yang pertama adalah melalui elaun modal. Kenalpasti jenis perniagaan anda, kemudian ketahui perincian manfaat elaun modal yang bakal anda perolehi kemudian buat perancangan perbelanjaan. Kaedah yang kedua adalah melalui pelepasan. Bagi anda yang menggunakan entity perniagaan Enterprise anda boleh manfaatkan pelepasan ini untuk optimakan kadar cukai yang bakal anda tanggung. Setiap tahun kenal pasti pelepasan yang bakal anda perolehi dan manfaatkan kerana pelepasan ini berubah-ubah mengikut bajet yang di bentangkan oleh kerajaan.
Di harap panduan ringkas ini memberi panduan serba sedikit dalam menguruskan perniagaan anda dan optimakan kadar cukai yang bakal anda tanggung. Pesanan kami, cari mereka yang ahli dan berkelayakan dalam memberi khidmat nasihat berkenaan cukai kerana di dalam pasaran terdapat ramai yang bagi khidmat nasihat tetapi bukan terdiri dari mereka yang berkelayakan.

Artikel daripada www.chartkeepers.com


Untuk urusan penubuhan syarikat boleh ke: www.registersdnbhd.com