PANDUAN PEMILIHAN | SUPER Incorp

Pemilihan Entiti Perniagaan

Menjadi usahawan prosesnya seawal memilih entiti perniagaan yang ingin di gunakan. Entiti perniagaan boleh lah di umpamakan kita hendak memilih lesen niaga yang mana untuk menjalankan perniagaan. Tentunya semua orang tahu berniaga perlu ada lesen, jika tidak ianya menyalahi undang-undang kerajaan. Penetapan ini di tetapkan bagi semua individu atau entiti yang ingin menjalankan pernigaan.

Terdapat 3 jenis lesen niaga atau entiti perniagaan yang popular di Malaysia yang di tawarkan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia. Yang pertama adalah Enterprise, kedua Perkongsian Liabiliti terhad dan terakhir adalah Sendirian Berhad.

Lebih lanjut dan perinciannya di dalam E BOOK yang di keluarkan oleh pihak SUPER Incorp yang boleh di perolehi dengan wasap ke talian 011 3628 8769. Boleh juga ke laman sesawang Suruhanjaya Syarikat Malaysia untuk anda dapatkan info dari aspek formal yang di keluarkan oleh suruhanjaya syarikat.

PEMILIKAN PERNIAGAAN | SUPER Incorp

Selari dengan perkembangan terbaru tentang akta pensyarikatan 2016, pemilikan bagi syarikat Sdn Bhd sudah di benarkan minima seorang. Pemilikan di dalam syarikat Sdn Bhd menunjukkan kepada nama pemegang saham. Manakala yang menjalankan kerja dan pengurusan adalah Pengarah. Syarikat “start up” selalunya melantik pemilik sebagai pengarah untuk melaksanakan urusan pengurusan bisnes. Selari dengan ini ianya memudahkan usahawan untuk menubuhkan Sdn Bhd tanpa perlu hadir orang ke dua. Di peringkat awal usahawan lebih selesa dengan pemilikan dan pengurusan secara tunggal. Ianya memudahkan keputusan di buat. Walaubagaimanapon kekengan kepakaran boleh menyebabkan syarikat berkenaan berkeadaan statik. Bagi syarikat Perkongsian Liabiliti Terhad ( PLT ) pemilikannya minima adalah 2 orang dan bagi perniagaan Enterprise pemilikannya adalah minima seorang. Lebih lanjut kita akan ceritakan tentang proses naiktaraf dari enterprise ke Sdn Bhd, PLT ke Sdn Bhd atau enterprise ke PLT

INFO BISNES – 3 LAPORAN | SUPER Incorp

Didalam perniagaan terdapat 3 laporan wajib yang perlu disediakan oleh usahawan iaitu Penyata untung rugi, kunci kira-kira dan laporan cukai.  Bagi perniagaan bertaraf enterprise wajib disediakan memandangkan sekarang kerajaan serius dalam mengejar usahawan yang buat pelarian cukai.  Sungguhpon ianya perkara wajib di lakukan, tetapi sebagai usahawan ianya adalah kunci kepada sesuatu keputusan.

Jangan buat keputusan contohnya soal prestasi bisnes dengan main agak2 sebabnya ramai yang kata sekarang ekonomi tak bagus. Bilamana anda main agak2, ada faktor emosi juga di situ. Logiknya bila kita rasa bisnes kita tak berapa bagus, moral kita akan down. Dan secara tak langsung ianya akan mempengaruhi bisnes kita. Apa yang kita pikirkan itu lah yang akan terjadi.

Artikel daripada www.chartkeepers.com

HUBUNGI KAMI

SUPER Incorp
Millionmind Business Solutions Sdn Bhd (1181212-T)
1C-8-2, Jalan Pegaga C U12/C,
Desa Alam Seksyen U12,

40000 Shah Alam

Cawangan
143A, Persiaran 3,
Kulim Avenue,
Kulim Hi-Tech Park,
09000 Kulim, Kedah

Tel: 03 3358 9083
WhatsApp: 01136288769
Email: superincorp.millionmind4u@gmail.com
Facebook: SUPER Incorp
Website: www.superincorp.com

 

 

BAGAIMANA KAMI BERMULA

SUPER Incorp adalah sebuah brand yang di usahakan oleh Millionmind Business Solutions Sdn Bhd. Dan bagaimana kami bermula adalah dengan sebuah perniagaan yang bernama Millionmind Business Solutions (MBS) yang di daftarkan pada 1 Febuari 2012 oleh En Nur Firdaus bin Muhammad yang bertujuan membantu usahawan menyelesaikan masalah pengurusan syarikat dan membantu syarikat “start up” untuk berkembang.

Berpengalaman membantu usahawan dari bidang yang berbeza menjadi kelebihan kami di dalam membantu usahawan menyelesaikan masalah yang timbul. Antara bidang yang pernah kami bantu adalah seperti Pembinaan, Trading, Salon, Jahitan, Penternakan dan lain-lain.

MBS kini mengorak langkah dengan menaik taraf perniagaan kepada Syarikat Millionmind Business Solutions Sdn Bhd serta menjalin kerjasama rapat dengan pihak-pihak yang berkepakaran tinggi seperti bidang Percukaian, Audit, dan Pemasaran bagi membantu usahwan di bawah pengurusan kami.