NI KES REALITI | SUPER Incorp

Ada lah satu syarikat Sdn Bhd. Di audit oleh LHDN. bila dah kena audit, dia cek supplier dia. Ada la satu perniagaan enterprise. Dia mintak lejer bagi enterprise tu. KESAN DIA?
Mula2 dia mintak lejer…last2 Enterprise tu pon kena audit. Ye lah dulu2 orang niaga mana amik kisah sangat pasal cukai2 ni.
Untuk makluman LHDN AUDIT untuk tahun 2011 hingga 2014 bagi sdn bhd berkenaan. So pada yang tak buat harap maklong. LHDN dia bukan kira untung baru kena declare.RUGI pon kena declare.
Jangan biar hidup anda dalam ketakutan. Dah ramai orang yang menggunakan kelebihan membayar cukai untuk memliki harta dan meningkatkan pendapatan.
FB / IG : SUPER Incorp
#Pelepasancukai2016#DaftarSSMShahAlam#Daftarsyarikatshahalam

Artikel daripada www.chartkeepers.com

TIPS URUS AKAUN BISNES | SUPER Incorp

(semua orang pon boleh buat akaun)


Akaun memang penting dalam bisnes. Apa pun jenis entiti perniagaan semuanya perlu buat akaun.

#Tujuan buat akaun adalah untuk dapatkan report-report seperti :
● balance sheet
● income statement
● cashflow

#HASIL daripada report yang kita dapat kita boleh guna untuk :
● pengiraan dan pengurusan #CUKAI
● permohon #LOAN
● beri gambaran sebenar #naik @ #turun bisnes
● jika nak cari #INVESTOR (investor akan tgk report akaun kita)

#BAHAYA atau #KEKANGAN bila tak buat akaun bisnes ni apa pula?
● Tak dapat keluar negara. Nak pergi #Haji atau #Melancong akan ada sekatan.
● permohon #LOAN berpotensi untuk #GAGAL
● bisnes boleh #BUNGKUS
● Boleh di kejar oleh #LHDN. Part ni paling bahaya. Sekali kena memang boleh #MUFLIS

#Akaun boleh buat dengan menggunakan SISTEM AKAUN. Orang tak reti akaun pon boleh buat.

WhatsApp: 011 3628 8769
Facebook: SUPER Inocorp

Artikel daripada www.chartkeepers.com

7 PERBEZAAN ENTERPRISE DAN SDN BHD

#NomborSATU
》》KALAU LAH anda menggunakan ENTERPRISE/LESEN NIAGA

Sekiranya terdapat sebarang masalah sehingga menyebabkan anda gagal membayar hutang perniagaan, PEMBERI HUTANG/PEMIUTANG berhak menuntut hutang mereka sehingga harta peribadi yang anda miliki selama ini. Ye lah, biasa pemiutang yang bagi hutang ni dia dah biasa deal bisnes dengan anda. dah bertahun-tahun lah katakan. KITA pon sedar, bisnes kadang-kadang naik..kadang-kadang turun. TIME turun tu yang kita kena standby.

JADI…Kalu anda selama ini dah bina kekayaan, sekelip mata ja akan hilang.

》》YANG TERBAIK anda menggunakan SDN BHD

PEMBERI HUTANG/PEMIUTANG berhak menuntut hutang mereka setakat modal yang dikeluarkan dan diisytihar dalam dokumen penubuhan syarikat. Kalu modal yang dinyatakan RM2, makanya banyak tu je lah yang mereka boleh tuntut. Sekiranya tak cukup juga hanya boleh tuntut keatas aset yang dimiliki oleh syarikat.

Tindakan maksimum yang boleh pemiutang buat adalah bankrupkan syarikat. Pemilik takda kena mengena yer…JADINYA pemilik boleh mulakan bisnes baru tanpa sebarang masalah.

#NomborDUA
》》KALAU LAH anda menggunakan ENTERPRISE/LESEN NIAGA

KEBANYAKAN FOUNDER/PEMILIK ambil mudah soal pengurusan dokumentasi. Apabila pihak LHDN dating audit mula lah menggagau nak buat laporan akaun bisnes dan percukaian. Masa tu apabila anda baru nak cari orang yang buatkan mungkin kos yang terpaksa di tanggung adalah kos yang sekali gus. Maksudnya patotnya anda belanjakan RM 1,000 setahun, tapi anda terpaksa keluarkan RM 3,000 katakan lah untuk siapkan 3 tahun punya laporan. Sebab LHDN akan mintak laporan 3 tahun kebiasaannya. Tu baru cerita bab LHDN. Nak buat loan pon sama. Kene ada dokumen yang proper. Baru boleh apply LOAN. Kalu tak, selamanya anda macam tu sahaja.

》》YANG TERBAIK anda menggunakan SDN BHD

SDN BHD mewajibkan anda menyediakan laporan akaun bisnes dan laporan cukai. Jadi anda perlu siapkan setiap tahun. Di sediakan oleh orang professional dan bertauliah. Jadi anda selalu dalam keadaan yang siap sedia untuk berkembang dan sekiranya di soal oleh pihak berkuasa anda tidak ada masalah besar sangat. Perjalanan bisnes boleh di lakukan tanpa takot-takot. Dah banyak founder ambil keputusan untuk ke SDN BHD sebab kes ni. Nak bagi elok2 bisnes dan nak kembangkan lagi bisnes.

============》》》

#NomborTIGA
》》KALAU LAH anda menggunakan ENTERPRISE/LESEN NIAGA

FOUNDER / PEMILIK Enterprise terutamanya bidang pengeluaran produk kecantikan dan makanan, katakana produk yang anda hasilkan ada masalah. Orang makan atau consume atau gunakan mendapat kesan sebaliknya. Dan pelanggan anda menyaman anda. Kalu anda menggunakan Enteprise apabila mereka saman anda, Kesemua harta peribadi boleh di tuntut. Aset yang di milika boleh di sita dan boleh di isytihar muflis. ANDA NAK KA?Bisnes penat2, hilang sekelip mata ja.

》》YANG TERBAIK anda menggunakan SDN BHD

SDN BHD, Sekiranya masalah di atas terjadi, contoh macam di saman tadi, ianya terhad kepada syarikat sahaja. Jadi harta peribadi yang di miliki selamat la. Boleh mulakan bisnes balik sekiranya terjadi masalah di saman oleh pelanggan anda. Tidak la kesemuanya hilang sekelip mata sahaja.


#NomborEMPAT
》》KALAU LAH anda menggunakan ENTERPRISE/LESEN NIAGA

Bagi yang ingin mengeluarkan produk sendiri, tentunya anda benar benar serius berniaga. Maka anda buat lah sijil KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia), pensijilan Halal dan , GMP (Good Manufacturing Practise) dan sebagainya. Kadang kadang kos nya makan ribu. Bila ianya berada di Enterprise, suatu masa nak upgrade anda mungkin kena mohon semula. Dan yang pasti nilainya tak sama bila berada di Enterprise berbanding Sdn Bhd 

》》YANG TERBAIK anda menggunakan SDN BHD

SDN BHD, Sekiranya lessen-lesen berkenaan berada di Sdn Bhd, tentunya Sdn Bhd berkenaan bernilai tinggi. Bernilai tinggi dari segi nilai saham syarikat Sdn Bhd anda. Nilai ini boleh memberi manfaat kepada anda sekiranya ingin keluar dari bisnes atau ingin menjual bisnes berkenaan kepada pihak lain atau ada pihak yang berminat membeli bisnes anda. Sekiranya ianya berada di Enterprise nilai nya jauh lebih rendah dari Sdn Bhd.


============》》》

#NomborLIMA
》》KALAU LAH anda menggunakan ENTERPRISE/LESEN NIAGA

Kalu lah UNTUNG BERSIH , Biasanya apabila anda mencapai keuntungan lebih dari RM300,000 setahun cukainya dah separas Sdn Bhd. Bagi enterprise sekiranya anda memperoleh keuntungan lebih dari jumlah berkenaan, kadar cukainya makin meningkat berbanding Sdn Bhd berkadar rata sebanyak 20%. Makanya lagi banyak untung lagi banyak cukainya. 

》》YANG TERBAIK anda menggunakan SDN BHD

SDN BHD, kadar cukainya berkadar rata 20% dan terdapat pelbagai cara pengurusan cukai syarikat dan kelebihan dari segi kadar cukai yang perlu di bayar.


#NomborENAM
》》KALAU LAH anda menggunakan ENTERPRISE/LESEN NIAGA

SDN BHD memang bagus, Tetapi Enterpise kos pengurusannya sangat minima. Kos register maksima RM70 dan pembukaan akaun semasa bank serendah RM500 mengikut jenis bank. Dah register boleh terus jalan bisnes. Untuk permulaan sangat bagus bila gunakan Enteprise.

》》YANG TERBAIK anda menggunakan SDN BHD

SDN BHD, kos pengurusannya agak tinggi. Perlu sediakan laporan kewangan, laporan cukai dan laporan perlu di serahkan kepada pihak Suruhanjaya Syarikat Malaysia. JADI UNTUK START UP atau YANG BARU MULA BISNES sangat tidak sesuai. TETAPI BAGI bidang-bidang tertentu contohnya kontraktor perlu terus ke SDN BHD. DAPATKAN KHIDMAT pakar untuk guide anda.


#NomborTUJUH
》》KALAU LAH anda menggunakan ENTERPRISE/LESEN NIAGA

Pemilik wajib dah uruskan bisnes tu. Kalu dah melekat pada badan bisnes tu sampai bila nak ada freedomnya. Kalu jangka pendek ok la, pemilik bersama-sama bisnes tu. Tapi bila nak grow mesti kena ada leader dari luar yang lebih bijaksana dari pemilik.

》》YANG TERBAIK anda menggunakan SDN BHD

SDN BHD, TIDAK MEWAJIBKAN anda sebagai pemilik terlibat sepenuhnya dengan perniagaan. Dalam Sdn Bhd ada struktur Pengarah, dan pemegang saham. Pemegang saham boleh jadi individu atau syarikat. Jadi anda boleh beli saham-saham perniagaan yang berdaya maju untuk tambahkan hasil syarikat anda. Ini orang panggil merger and acquisition. 


》》》Ada banyak lagi perbezaan ENTERPRISE dengan SDN BHD. Ukur KAPASITI anda, Perlu ada IMPIAN, PERLU ada SASARAN, dan Kemudian GO FO IT. LEBIH LANJUT dan untuk penubuhan boleh wasap kami 011 3628 8769

Facebook Page/IG : SUPER Incorp

WHERE THE JOURNEY BEGINS…

SUPER Incorp started in 2016 where originally the brand were Jom Register Sdn Bhd. The founder created the brand in order to market the service of registration company and managing company. In Malaysia they call it Sdn Bhd or Sendirian Berhad for full name.
Local malaysia usually set up a business which register under registration of business as a start. The cost much more cheaper as compare to set up a company. But the advantage for having a business license as compare to company are totally huge. 
For a start up it is good to have a registration under business but when the business grow they need to set a company in order to meet the needs.