Pengarah syarikat adalah seorang individu yang menjawat jawatan pengarah dengan apa jua jawatan sekalipon contohnya KETUA PENGARAH EKSEKUTIF, PENGARAH PEMASARAN DAN JUALAN, PENGARAH PENTADBIRAN dan sebagainya.
Di Malaysia, pengarah syarikat merujuk kepada individu yang memegang jawatan di bawah syarikat Sdn Bhd dan Berhad. Manakala bagi Enterprise iaitu Milikan Tunggal ataupon Perkongsian jawatan tertinggi adalah PENGURUS.
PENGARAH SYARIKAT yang di lantik harus mengunakan kuasa yang dimiliki untuk menguruskan perniagaan yang di amanahkan mengikut polisi-polisi yang di tetapkan. Bermulanya akta syarikat 2016 yang mana membenarkan minima seorang pengarah sahaja menyebabkan banyak syarikat yang di daftarkan hanya memiliki seorang pengarah. Pihak Suruhanjaya Syarikat Malaysia mempermudahkan proses penubuhan syarikat Sdn Bhd agar lebih ramai yang mendapat manfaat dari kelebihan Sdn Bhd. Oleh yang demikian, pengarah syarikat harus saling bekerjasama dengan pihak SETIAUSAHA SYARIKAT, AKAUNTAN, JURUAUDIT serta AGEN CUKAI agar segala perihal pematuhan di patuhi.
Continue reading “Pengarah Syarikat – Kenali Maksudnya dan Peranannya”