PAHAMI ENTITI PERNIAGAAN – Khas buat usahawan

PEMILIKAN TUNGGAL / ENTERPRISE

  • Nama lain bagi entiti perniagaan ini adalah Enterprise, dan ada sesetengahnya menyebut lesen SSM.
  • Pemilikan tunggal dikawal dan dimiliki oleh seorang individu sahaja.
  • Pemilikan tunggal bukan entiti undang-undang berasingan dan menanggung liabiliti tidak terhad.
  • Pemilikan tunggal di Semenanjung Malaysia tertakluk kepada Akta Pendaftaran Perniagaan 1956, Pindaan 1978 (Akta 197) manakala Sabah dan Sarawak tertakluk kepada enakmen negeri masing-masing.
  • Pemilikan tunggal merupakan jenis perniagaan paling banyak dan tertua di Malaysia.
  • Contoh pemilikan tunggal ialah Kedai Runcit Mesra, Restoran Bonda, Lucky Store Mini Market dan sebagainya.
  • Kos yang di tanggung untuk mendaftar perniagaan milikan tunggal ini ada sekitar RM40 bagi yang gunakan nama sendiri dan sekiranya gunakan selain dari nama itu kosnya adalah sekitar RM70

Ciri-Ciri Pemilikan Tunggal

  • Perniagaan ini hanya dimiliki oleh pemilik tunggal atau persendirian.
  • Biasanya modal perniagaan di peroleh daripada simpanan pemilik dan pinjaman daripada keluarga atau rakan-rakan.
  • Pengurusan perniagaan ini dilakukan oleh pemilik sendiri dengan bantuan keluarga atau pekerja-pekerja.
  • Pemilikan tunggal mudah ditubuhkan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia kerana prosedur tidak rumit.
  • Pemilik tunggal berhak mendapat semua keuntungan perniagaan dan menanggung segala kerugian sendiri.
  • Pemilikan tunggal perlu menanggung liabiliti tidak terhad untuk menjelaskan liabiliti perniagaan yang melibatkan harta peribadinya.
  • Pemilik tunggal dikenakan cukai pendapatan perseorangan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri.
  • Jangka hayat pemilikan tunggal adalah pendek dan terhad kerana bergantung kepada usia pemilik dan perniagaan akan dibubarkan jika pemilik perniagaan meninggal dunia.
  • Perlu di perbaharui setiap tahun.

Nantikan post seterusnya berkaitan topik ini iaitu entiti perniagaan. Ketahui asas pensyarikatan terlebih dahulu sebelum anda kembangkan bisnes anda. Inginkan sesi bersemuka?join #Siri4Jam Pensyarikatan. Wassap ke 01136288769  

NAK MEROKET BISNES ANDA DENGAN LANCAR? BACA 3 SEBAB MENGAPA ANDA PERLU TAKEL BAB PEMATUHAN PERNIAGAAN

i) Bila tak ikot apa yang telah di tetapkan mereka akan cari anda. SSM, LHDN, & KASTAM. Nak ka mereka cari anda?

ii) Bila anda urus dengan betul, perjalanan bisnes akan berjalan lebih lancar dan sekiranya perlukan modal tambahan dan sebagainya untuk berkembang, selalunya mereka akan minta dokumen yang berkaitan pematuhan. Tak isytihar pendapatan takdenya mereka nak bagi anda pembiayaan.

iii) Dah alang-alang anda siapkan dokumentasi berkaitan pematuhan, laporan-laporan yang di sediakan boleh bantu anda untuk buat apa-apa keputusan perniagaan.

Continue reading “NAK MEROKET BISNES ANDA DENGAN LANCAR? BACA 3 SEBAB MENGAPA ANDA PERLU TAKEL BAB PEMATUHAN PERNIAGAAN”

#SIRI4JAM PENSYARIKATAN – SIRI KURSUS PENDEK KHAS BUAT PENGARAH DAN USAHAWAN

InsyaAllah SUPERIncorp aka Millionmind akan anjurkan siri kursus pendek pensyarikatan bagi memberi pendedahan kepada masyarakat tentang pensyarikatan. Ilmu ini sangat berguna dalam urusan seharian bagi seorang pengarah eksekutif. Memandangkan pelbagai agensi menguatkuasakan undang-undang sedia ada dan meningkatkan operasi bagi sebarang ketidakpatuhan, seharusnya pengarah menyertai siri kursus pensyarikatan ini bagi mengelakkan sebarang ketidakpatuhan. Untuk sertai program #SIRI4JAM PENSYARIKATAN usahawan boleh hubungi 0333589083 atau 0176476900.

BENGKEL AKAUN BISNES

Usahawan kerap kali bermasalah untuk sediakan laporan kewangan. SUPER INCORP mengambil inisiatif untuk anjurkan BENGKEL AKAUN BISNES bagi membantu usahawan menyediakan data asas bagi menyediakan laporan cukai. Idea untukanjurkan bengkel ini adalah dari founder kepada TECH HARVEST. Dan siri pertama bengkel ini di adakan di Bertam, Penang. Dan seterusnya selepas itu semuanya di anjurkan di Shah Alam.

Dengan perkembangan terbaru mengenai LHDN yang akan mengetatkan lagi undang-undang sedia ada ini menambahkan lagi keinginan pihak SUPER INCORP untuk menganjurkan bengkel ini yang memberi panduan praktikal menggunakan sistem akaun waveapps yang amat mudah di kendalikan dan juga ianya di kenali seluruh dunia.

Berikut adalah gambar-gambar dari siri lepas yang sudah di anjurkan.

Continue reading “BENGKEL AKAUN BISNES”

TIP MENGURUSKAN AKAUN BISNES

SENARAIKAN.. Jangan terlepas pandang

Usahawan kerap terdorong untung tidak memasukkan kos-kos penting semasa mereka mengambil kira dalam menyediakan laporan kewangan am nya khasnya semasa mereka menetapkan harga jualan. Hasilnya mereka kerap membuat keputusan yang salah dalam merencanakan perancangan perniagaan mereka.

TIP PALING BERKESAN adalah dengan MENYENARAIKAN kos-kos yang berkemungkinan terlibat dalam perniagaan anda. Dan juga MENYEMAK Kos yang di belanjakan dengan REKOD akaun bisnes anda. Itu adalah salah satu cara anda menguruskan akaun bisnes anda. Di dalam mengurus akaun bisnes anda kos-kos yang anda terlepas pandang sekiranya tidak di kawal ianya boleh menyebabkan kerugian yang besar. Bayangkan setiap produk yang di keluarkan anda tidak mengambil faktor kos-kos tertentu yang wajib di ambil kira.

Continue reading “TIP MENGURUSKAN AKAUN BISNES”